Nuffnang

Sunday, November 28, 2010

Program Keusahawanan D Availl...

Membina masa depan bersama  MLM.. jom layan gambar2 seminar dan kursus AVAIL..




Thursday, November 11, 2010

Tak semua perniagaan jualan langsung bawa masalah: Awang Adek


KUALA LUMPUR: Bukan semua perniagaan jualan langsung (MLM) tidak baik dan memberi masalah kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Katanya, terdapat perniagaan seumpama itu yang memberi kebaikan kepada pengguna terutamanya daripada segi penjimatan kos. "Perniagaan Amway umpamanya begitu berleluasa dan tiada masalah. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dan barangan yang dijual dalam MLM," katanya semasa menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek berkata, tidak semestinya jika kadar dalam MLM di sesebuah negara itu tinggi, maka ia sesuatu yang negatif. Menurutnya, kawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah bagi memastikan tidak berlaku penipuan dalam MLM, manakala Bank Negara pula mengawasi perbuatan pengambilan deposit haram dan perdagangan mata wang asing tanpa lesen. "Suruhanjaya Sekuriti menguruskan pengambilan dana tanpa lesen; Suruhanjaya Syarikat Malaysia (skim berkepentingan yang haram) dan Polis Diraja Malaysia menguruskan kes skim penipuan melalui Internet," kata Awang Adek. Menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran), beliau berkata antara langkah menangani gejala itu ialah penyediaan teks khutbah Jumaat berkaitan gejala skim cepat kaya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta mewujudkan Laman Informasi Khidmat dan Nasihat (LINK) dan TeleLink.


PETIKAN  :HARIAN METRO 

Monday, October 25, 2010

KEMBALI

Salam Isnin.. kembali yaaa.. Cik Burungh kembali berkicauan sini.. next weekk off lagi .. waaa byk dah sawang sini,.. meh la tolong cuci .. 
Ni haa.. sempena N3 yang pendek  ni,,  Cik Burung  nak bagi peluang pada pembaca2 ..pelawat2 dan sesapa yang singgah sini.. then minat nak bisness tapi tak tau nak bisness apa..jom laa blajaq kat sini ...join kursus ni ..

Leh terus kontek no atas.. @ layari  http://kursusborong.com/ 
nak terus tanya Cik Burung pun bleh... 


Ok .. free sample yng send form mingu ni .. rabu  baru Cik Burung Pos ya.. harap bersabar.. mekacihhh 

Sunday, October 17, 2010

Gangguan

Salam ceria untuk semua...

Cik burung nak bagi tau .. untuk order minggu ni, proses pos mengepos maybe akan ada sedikit ganguan ya..  Cik burung skang bergilir - gilir  jaga ibu kat spital. so kalu delay sehari dua.. sila maklum yaa...
Mak cik burung disahkan lemah  buah piggangnya... sebelah kiri. apapun tyolong doakan mak cik burung ya...

wassalam ..

Tuesday, September 21, 2010

PERCUMA: CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYU DARA & KANSER PANGKAL RAHIM

SELAMAT KEMBALI...... 
SALAM CERIA CEMERLANG .. 
DAH PUASA DAH RAYA... DAN MASUK KERJA SEMULA DAH KAN... 
SO SEMPENA KEMBALI BEKERJA NI CIK  BURUNG NAK LA WAR2KAN .. BAHAWASANYA CIK BURUNG & TEAM KINI MENAWARKAN CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA & SERVIK SECARA  
PERCUMA 
KEPADA SAPA2 JE YANG BERMINAT.. 
AKTIVITI2 SKOLAH , IPT, ..OPIS ..PERSATUAN.. KUMPULAN2 APA JUA...  

TUJUAN : MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN D KALANGAN MASYARAKAT TENTANG PEMBUNUH SENYAP  KAUM WANITA INI...   TERUTAMANY PARA REMAJA .. KERANA  MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT...

JADI TAK YAH TUNGGU LAGI YEE... KALAU ADA KELAPANGAN MASA UNTUK DI ISI
HUBUNGI CIK  BURUNG UNTUK  TEMUJANJI @ PERBINCANGAN.. 

CALL : 017-3826048 
EMAIL : ransaar@gmail.com 



TERMS & CONDITION APPLY

Tuesday, September 7, 2010

SALAM SYAWAL

Pengunjung2 cik burung .. terima kasih yaa.. atas sokongan semua 
Sempena kedatangan syawal ni Cik Burung ingin mengambil kesempatn mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. semoga perjalanan anda ke kg halaman akan berjalan denagn baik2 saja.. 



Temapahan tatap dibuka , tetapi proses pos mengepos terakhir adalah pada Khamis 12 tghari dan dibuka semula pada Rabu  15 September 2010.


Tulus Ikhlas Cik Burung

Tuesday, August 31, 2010

Buasir sering keluar ketika datang haid

SLAMAT  HARI MERDEKA UNTUK SEMUA.. 

PERKONGSIAAN MASALAH- harian metro..

SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai sedikit masalah mengenai buasir. Saya menganggap ia boleh diubati dengan membeli ubat di farmasi saja, jadi saya tidak pernah melakukan pemeriksaan di klinik ataupun hospital mengenai masalah yang saya alami itu.
Tetapi, saya rasa buasir itu tidak mengecil dan terus hilang, ditambah lagi apabila datang haid, buasir itu sering keluar dan saya terpaksa memasukkannya semula.

Buasir yang keluar biasanya sebesar kacang hijau, tetapi adakah saya perlu menjalani pembedahan untuk membuang buasir berkenaan? Adakah sebarang cara lain selain pembedahan?

Saya kini sangat risau kerana pada November nanti, saya akan mendirikan rumah tangga. Saya bimbang ia menjadi semakin teruk apabila sudah hamil dan mempunyai anak kelak.

NOR
Shah Alam, Selangor



BUASIR adalah bengkak yang mengandungi salur darah vena yang mengembang di bawah kulitnya.

Ia disebabkan tekanan berlebihan dan berpanjangan seperti meneran (akibat sering sembelit), batuk kronik, tabiat sering mengangkat berat, ketumbuhan di dalam abdomen dan seumpamanya.

Rawatan buasir yang paling penting adalah untuk menjaga supaya faktor tekanan di atas dielakkan atau diubati. Jika tidak, selepas rawatan membuang daging lebih terbabit, buasir boleh berulang.

Pemakanan berserat tinggi dan meminum air mencukupi amat penting. Rawatan selain pembedahan adalah prosedur kecil yang dilakukan di klinik menggunakan cincin getah yang ketat untuk memutuskan bekalan darah ke atas daging lebih itu, menyebabkan ia gugur setelah beberapa hari.

Pemeriksaan doktor terlebih dulu penting untuk menilai buasir secara keseluruhannya. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran (buasir eksterna) dan buasir dalaman (buasir interna).
 




Wednesday, August 25, 2010

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH SENGUGUT...

SALAM CERIA SEMERLANG TETAMU CIK BURUNG ... beberapa hari berehat dari berkongsi info.. hari ni Cik Burung nak kongsi lagi tentang sengugut ...

Kakak..dik nun- dik nun . jgn la bangga / seronok sgt bila tiba "BULAN MENGAMBANG" .. mana tak nya tiap2 bulan dapat MC.. boleh rehat kat umah .. tido.. MAri kita kongsi tentang kesan jangak panjang masalah ini... 

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. 

Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.
Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.
Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid

RAWATAN : PEMBEDAHAN 

# Pembedahan konservatif
Bagi mengekalkan kemampuan wanita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.

# Pembedahan bukan konservatif
Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. 
Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan.


PENCEGAHAN AWAL ADALAH LEBIH BAIK ... PRODUK SARANAN CIK BURUNG

Sunday, August 22, 2010

Jom tambah income

Salam pagi isnin buat semua pengujung blog Cik Burung.. hari ni Cik Burung nak buka & tunjuk peluang pada  pelawat2 Cik Burung yang berminat untuk memulakan perniaagaan..
 
Nak mulakan biss tapi tak tak punya modal besar.. jomm sertai cik burung..
Haaa dengan hanya RM 160... anda dah ada perniagaan sendiri... 

tak perlu risau, killer produk AVAIL (FC BIO SANITARY PAD ) merupakan produk WAJIB.. selagi ada wanita konpim laku.. yang pasti ianya memang bagus & berkesan...

AGENT & PENGEDAR DI PERLUKAN ..
LATIHAN & BIMBINGAN HINGGA BERJAYA SECARA PERCUMA 


Jgn tunggu lama2 ...mohhh email / sms CIk Burung

Friday, August 20, 2010

FAKTA

Salam Ceria di pagi sabtu buat pengunjung Cik Burung..
Hari ni sememangnya CIk Burung mencari2 apa yang hendak di kongsi bersama... terasa beku je otak kecik cik Burung ni.. mmmm jom la kongsi fakta kesihatan  ni.. 


FAKTA TENTANG KESIHATAN ORANG MALAYSIA

  1. Populasi obesiti di Malaysia adalah yang TERTINGGI di Asia Tenggara48% penduduk lelaki dan 62% penduduk wanita  mempunyai ukurlilit perut yang besar. Menurut kajian saiz badan masyarakat Malaysia, jumlah penduduk gemuk telah meningkat sebanyak 78% dalam masa 10 tahun ini. Punca utama adalah kurang bersenam, .erokok dan cara/tabiat pemakanan yang kurang sihat. 
  2. Di Malaysia, kajian faktor risiko penyakit tidak berjangkit pada tahun 2005/2006 menganggarkan terdapat kira-kira 11.6 juta orang dewasa mempunyai sekurang2 satu faktor risisko penyakit yang boleh di ubah. Antaranya DIET TIDAK SIAHT (72.8%), TIDAK AKTIF SECARA FIZIKAL (60.1%), MEROKOK (25.5%), OBESITI (16.3%), HIPERTENSI (25.7&), PARAS GULA DALAM DARAH ABNORMAL (11.0%) dan HIPERKOLESTEROLEMIA (53.5%).  
  3. Menurut Laporan Kanser Malaysia, kanser usus besar adalah kanser pembunuh yang ke-3 terbesar diantara semua jenis kanser. Kaum Cina yang paling ramai menjadi mangsa didikuti Melayu dan India.
  4. Kementerian Kesihatan mengaanggarkan hampir 3900 rakyat Malaysia  dilaporkan mengidap barah usus setiap tahun. Kaum lelaki merupakan golongan mempunyai risiko paling tinggi menghidap barah usu berbanding golongan wanita di negara ini (SEBAB POMPUAN KENA KANSER SERVIK @PAYUDARA LAA... 
  5. 90% daripaa semua jenis penyakit dan ketidak selesaan badan adalah berkait rapat dengan KOLON YANG TIDAK SIHAT sama ada secara langsung atau tidka langsung (The Royal Academic of Physicians of Great Britain) 
  6. Secara purata. mereka yang berumur 40 tahun keatas akan mempunyai sebanyak 5 hingga 25paun sisa2 najis dalam usus besar mereka. semua jenis parasit akan berkembang baik dalam sisa2 najis ini dan kemudian mentoksikan seluruh badan. (Dr. Bernard Jensen) 

    Untuk menyelesaikan maslah diatas jom ikut Cik Burung  berkempen... Cik Burung ada jual loose pek .. dapat free shaker taww.. KLIK PROMOTION kat Side BAR tu yee...

    Thursday, August 19, 2010

    USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !

    SELAMAT PAGI DAN SALAM CERIA CEMERLANG KEPADA PENGUNJUNG2 BLOG CIK BURUNG...  

    HARI NI CIK BURUNG  NAK MENGAJAK PARA PEMBACA BERKONGSI INFO BERKAITAN  USUS PULA.. JOM BACA..


    Toksin dan Sembelit , Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.

    Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.

    Apakah itu sembelit ?
    Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus! Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.

    Apakah itu Najis Terlonggok ?
    Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

    Mengnyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat

    Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

    Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

    Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
    1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
    2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
    3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
    4. Kuku dan rambut yang rapuh
    5. Badan dan nafas berbau
    6. Sering sakit kepala
    7. Sakit leher , bahu , sendi dan otot
    8. Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
    9. Imsomnia atau masalah tidur
    10. Meradang dan kemurungan
    11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
    12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
    13. Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
    14. Alergi dan pengidaman makanan
    15. Peningkatan tekanan darah
    16. Kurang tenaga syahwat.

    Apa yang anda dapat jangkakan dari program mengnyahtoksik yang baik
    1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
    2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
    3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
    4. Pembuangan air besar yang kerap
    5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
    6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
    7. Badan yang lebih langsing
    8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

    Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

    Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

    Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
    Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

    Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?
    Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

    Kelebihan pembersihan usus
    Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

    Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


    FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN
    • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
    • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
    • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain
    •  

      Tuesday, August 17, 2010

      DIOXIN DALAM LAMPIN PAKAI BUANG BAYI ----

      Dua hari lepas kita  berbicara tentang bahaya dioxin didalam tuala wanita.. dan hari ini saya ini mengajak pembaca semua berkongsi info  tentang DIOXIN di dalam lampin pakai buang bayi ...
       
      1. Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

      2. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

      3. Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

      4. Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).

      5. Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

      6. Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.
      # Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.# Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.# Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.# Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.# Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

      7. Meningkatkan kes ruam lampin di kalangan bayi.
      Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.

      Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.

      Kesimpulannya, lampin pakai buang membawa keburukan kepada alam sekitar dan kesihatan bayi... dgn impak yg sgt besar!!

      DAN SECARA LOGIK AKALNYA 

      Bagi bayi perempuan... selepas beberapa tahun berhenti menggunakn lampin bayi ANDA kembali menggunakan TUALA WANITA.. Ini bermakna anda berisiko TINGGI untuk di serang masalah kesihatan terutama sakit PUAN....

      Cegah sebelum terlambat ... Wahai rakan2 wanita di luar sana:

      JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERSENARAI  DLM STATISTIK W-H-O :
      " Setiap 2 minit WANITA  terbunuh akibat kanser pangkal rahim.."

      "BERTUKARLAH KEPADA YANG TERBAEK.. MENCEGAH LEBUH BAIK DARI MERAWAT..."

      kalaulah kita sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk barang make- up , hand bag & baju baru semata2 untuk nampak canti di mata orang tersayang..  apa salahnya korbankanlah sedikit dari budget itu untuk penjagaan mahkota wanita anda.

       " Gaji ribu - riban.. senyum cukup menawan............. tapi yang didalam berbau masam................"

      ..........BIAR CANTIK LUAR & DALAM................ 

      Renung2kan.... cik burung

      Sunday, August 15, 2010

      BAHAYA DIOKSIN DALAM TUALA WANITA ANDA

      DIOKSIN adalah racun yang terkandung dalam bahan asas siap proses bagi pembuatan produk kertas,tuala wanita,lampin bayi dan sebagainya.Ia dikategorikan sebagai SUPER TOXIC yang terhasil daripada tindakbalas prosespelunturan berklorin.Dioksin mempunyai kekuatan 120 kali ganda berbanding Arsenik.Penggunaan tuala wanita yang mengandungi DIOKSIN boleh menyebabkan
      • Ketidakseimbangan hormo
      • Tanda-tanda awal sakit puan
      • Menjejas kesuburan
      • KANSER
      Faraj menyerap apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam saluran darah setengah jam kemudian- Dr. Philip M. Tierno

      Jelasnya, sistem peranakan wanita adalah sistem pertama yang akan diancam penyakit dalam masa setengah jam!

      Dengan ini, anda perlu sedar bahawa pentingnya untuk mencegah perkara ini sebelum ianya terjadi kepada diri anda.

      Setiap masalah ada penyelesaiannya dan anda lah penentu untuk berubah.. bertukarlah kepada yang terbaek..

      PRODUK SARANAN CIK BURUNG...JOM CUBA  

      Monday, August 9, 2010

      Woman Lobata

       
      Fungsi Dan Kebaikan 
      • Menimbangi sistem endokrin 
      • Menegangkan  PAYUDARA
      • Mengurangkan masalah Isomnia
      • Menurangkan  masalah HAID
      • Menambah CECAIR FARAJ 
      • Menyuburkan RAHIM
        Mencatikkan Kulit 
      • Mengurnagkan Kepanasan Badan 
      • Menghindarkan gangguan perasaan


      Tuesday, July 20, 2010

      PAKEJ PERCUBAAN GREEN FIT 
        3 PEK = RM 20
      FREE SHAKER



      ATAU 

      PAKEJ 1 + 1




      BELI  1 KOTAK GREEN FIT PADA HARGA RM 75 DAN DAPATKAN KOTAK KEDUA PADA HARGA RM 70 SAHAJA....


      FREE SHAKER + BUKU GREEN FIT




      KOS POS = RM 5.. KALAU LEBIH CIK BURUNG BAYARKAN... 


      JIMATKAN????



      Friday, July 16, 2010

      GREEN FIT

      Hijaukan Saluran Gastro-Usus, Bebas Daripada Pencemaran!



      KEISTIMEWAAN GREEN FIT 

      100% Semulajadi 
      Senang, Mudah, Enak dan Sihat
      Tidak berasa sakit perut
      Tidak menyebabkan cirit-birit
       Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan gula tiruan
      Tidak mengandungi bahan julap
      Tidak mengandungi kandungan GMO

        KELEBIHAN GREEN FIT

         Meningkatkan Fungsi sistem pencernaan 
        Meningkatkan tahap metabolisma tubuh
        Melembutkan najis, menggalakkan pergerakan usus
        Menggalakkan pembiakan bateria baik dalam usus
        Mencegah dan membantu penyembuhan ulser serta keradangan pada saluran gastro-usus
        Mencegah dan membantu masalah SEMBELIT serta BUASIR 
        Mengawalatur BERAT BADAN  
        Mencegah masalah OBESITI 
        Mengurangkan risiko kanser usus besar dan payu dara
        Mengawalatur tahap kolesterol dan gula darah
        Anti-pengoksidaan, mencantikkan kulit dan mengawet muda


        RAMUAN UTAMA


        Ramuan Kajian Saintifik
        Lignin Dr. Alexander G. Schauss, PhD. Lignin adalah sejenis serat makanan yang bermutu dan kuasa anti-pengoksidaannya amat kuat. Ia berupaya mencegah kanser dan berkesan meningkatkan tahap metabolisma gula darah serta mengawal tahap kolesterol.
        Oligosakarida British Journal of Nutrition (2002) Oligosakarida berupaya meningkatkan populasi bakteria baik (Lactobacillus spp. & Bifidobacterium spp.) dalam usus.
        Klorofil Alfalfa Dr. Garnett Chaney (Kajian Universiti Stanford) Klorofil alfalfa berkesan menyembuhkan 80% ulser peptik.
        Aloe Vera Dr. Reuben Titus Aloe vera membantu proses detosifikasi badan dan mengawalatur proses metabolisma badan.
        Gandum American Journal of Lifestyle Medicine (2008) Kajian membuktikan bahawa gandum membantu menurunkan berat badan dan menahan kelaparan.













        Related Posts with Thumbnails
        Visit Website Here